Sunday, 15 March 2015

17 Fakta Unik Mengenai Tangan Kidal



















1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.


2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.


3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!


4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.


5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.


6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).


7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.


8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.


9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.


10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.


11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.


12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.


13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.


14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)


15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)


16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)


17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

ANTARA TANDA-TANDA LELAKI SERIUS DALAM PERCINTAAN





















Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, ada pengajarannya. Mungkin untuk kita belajar menghargai, dan mungkin juga untuk kita belajar tabah setelah dilukai...


:-Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

:-Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

:-Si dia akan sentiasa menghantar SMS. Walaupun tidak dibalas. Ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu.

:-Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

:-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

:-Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

:-Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

:-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

:-Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

:-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

:-Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “You masih sayang I?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.

:-Tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek.

:-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

:-Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga

:-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

:-Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

:-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

:-Dia tidak suka kamu keluar malam, tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu.

:-Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

:-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI...

Thursday, 26 February 2015

5 Haiwan Pelik Yang Pernah Dijumpai Dibawah Dasar Laut Beku Di Antartika

















Dasar lautan Antartika masih menyimpan begitu banyak lagi hidupan misteri yang masih kita tidak ketahui kerana suhunya yang dibawah tahap beku menyebabkan tidak ada orang yang berani menerokainya lebih jauh.


 5 makhluk pelik yang berjaya ditemui di bawah lautan ais di Antartika.

Mereka mungkin kelihatan seperti menakutkan tetapi mereka kebanyakannya tidak berbahaya.


5.Comb Jelly


Obor-obor seperti ini sangat banyak terdapat dalam air permukaan Lautan Selatan dan ia secara meluas di dasar laut bawah ais ini dan ia amat berasid. Suhu lautan yang semakin panas akibat daripada tahap karbon dioksida di atmosfera menyebabkan haiwan ini kini sudah mula senang dijumpai di kawasan cetek.

4. Babi Laut


Salah satu haiwan yang paling banyak ditangkap di luar pantai Antartika oleh pasukan penyelidikan antarabangsa di atas kapal Penyelidikan BAS Royal ,Kapal James Clark Ross. Banyak terdapat di Atlantik, Pasifik dan Lautan Hindi, beberapa spesies yang berkaitan boleh didapati di Antartika.

3. Ketam Hoff 


Ketam Hoff adalah haiwan laut dalam yang hampir menyerupai udang galah yang hidup pada lubang hidroterma di Antartika. Ketam yang diberikan nama samaran sebagai Krustasia telah berjaya ditemui pada tahun 2010 oleh ahli-ahli sains UK laut dalam kapal RRS James Cook.

2. Beberapa Spesis Labah-labah Laut


Makhluk yang agak banyak di dasar laut bawah ais di Antartika kerana kadungan oksigen yang agak tinggi diperairan laut yang cetek. Makhluk Gillless seperti labah-labah laut ini bernafas melalui rongga-rongga pada tubuh mereka membolehkan lebih banyak oksigen untuk diserap ke dalam badan mereka.

1. Blackfin icefish


Ikan-ikan ini berjaya menyesuaikan diri dengan kehidupan di perairan sejuk pelantar benua Antartika. Darah mereka penuh dengan anti-pembekuan, tetapi tiada sel-sel darah merah.

Kelebihan Janggut Lelaki Yang Anda Perlu Tahu



















Kelebihan Janggut Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Dengan memiliki janggut, seseorang lelaki itu nampak lebih “macho” dan jantan.

Tidak semua lelaki yang mudah memiliki janggut walaupun usianya sudah tua. Ada sebahagian lelaki sangat susah untuk tumbuh janggut. Tidak hairanlah jika ramai lelaki di luar sana sanggup menghabiskan wang ringggit mereka untuk membeli ubat tumbuh janggut yang dijual secara online.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu


Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana “Wak Doyok”.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Khemah Berteknologi Tinggi Membolehkan Anda Tidur Di Darat Ataupun Di Lautan



















Meneroka dunia luar dari rumah dengan berkhemah adalah merupakan satu pengalaman yang amat menyeronokkan seperti berhampiran hutan dan tasik.

Benda yang paling utama sekali apabila melakukan aktivi ini pastilah peraltan perkehemahan yang cukup dan selesa

Oleh itu seorang jurutera dari Jerman telah berusaha menghasilakn sejenis khemash serbaguna termasuk boleh terapung di dalam air.

The Sealander datang dengan pelbagai fungsi untuk aktiviti perkhemahan yang lengkap samada di atas tanah atau pun air kerana jika di dalam air ia boleh dijadikan bot pelayaran.

Ia dilengkapi dengan kerusi, meja, singki dan stereo membuatkan Sealander tempat yang sempurna untuk berehat.




Tingkap panorama besar dan tingkap bumbung besar membolehkan banyak cahaya masuk dan amat menyeronokkan untuk melihat bintang di waktu malam.







Sealander adalah sangat ringan, kerana ia dibina 90 % daripada gentian kaca. Ia mudah kekal tahan dan dikawal jika berlaku masalah.







Khemah yang dicipta manual menggunakan tangan di Jerman ini, dijual bermula kira-kira $ 25,000 (RM 91150). 

Apa Sebab Peranti Elektronik Perlu Dimatikan Ketika Dalam Penerbangan?



















Mungkin sesetengah orang merasakan perkara ini begitu remeh sehingga ramai yang tidak mengendahkannya.

Sekarang mengaku, ramai diantara anda yang tidak mematikan telefon bimbit di dalam penerbangan bukan?




Mungkin ia tidak sengajakan, atau mungkin kerana anda percaya peraturan itu adalah sesuatu yang tidak perlu. Hampir satu pertiga daripada penumpang kapal terbang melaporkan bahawa mereka tidak mematikan peranti elektronik mudah alih mereka, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengguna Elektronik.

Persoalannya, mengapa begitu penting untuk mematikannya? Mampukah peranti elektronik menjatuhkan kapal terbang? Berikut adalah penjelasannya.

Dalam sejarah penerbangan dunia, peranti elektronik tidak pernah menjadi punca kemalangan kapal terbang.




Selama ini, tidak pernah ada lagi kes dimana gangguan elektromagnetik daripada peranti elektronik mudah alih berjaya menjatuhkan sebuah kapal terbang komersial atau menjadi punca dalam kemalangan.

Seorang jurutera dan pakar dalam bidang penerbangan, Kenny Kirchoff berkata, "Tidak semestinya telefon boleh menjatuhkan kapal terbang. Itu tidak menjadi satu masalah."

"Namun begitu, alat-alat ini mampu mengganggu sistem sesebuah pesawat dan menyebabkan lebih banyak kerja yang perlu dilakukan juruterbang semasa berada dalam fasa kritikal penerbangan. Apabila berlepas dan mendarat, juruterbang berada dalam fasa penerbangan yang memerlukan tahap konsentrasi tinggi."

"Satu masalah kecil yang disebabkan oleh peranti elektronik boleh mengalihkan perhatian juruterbang, pada masa yang sama mengurangkan tahap keselamatan kapal terbang dan menjejaskan keselesaan para penumpang di dalamnya," jelasnya.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu gangguan sistem penerbangan yang berpunca daripada peranti elektronik pernah berlaku sebelum ini




Juruterbang sebelum ini telah melaporkan beberapa kes gangguan yang berpunca daripada peranti elektronik.

Dari tahun 2003 hingga 2009, terdapat 75 kes gangguan peranti elektronik telah dilapor, termasuk 29 kes yang melibatkan telefon bimbit, menurut satu kajian oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa. Jika diikutkan, hanya satu kes gangguan sahaja berlaku bagi setiap 283,300 penerbangan.

Walaupun jarang berlaku, laporan mencadangkan bahawa gangguan itu boleh memberi kesan kepada hampir setiap sistem dalam pesawat, dari sistem komunikasi dan navigasi kepada sistem kawalan penerbangan (seperti autopilot) dan sistem amaran.

Jadi, adakah gangguan ini benar-benar merbahaya?




Telefon bimbit tidak semestinya melumpuhkan radio juruterbang atau memutarbelitkan sistem dalam kapal terbang sehingga menyebabkan bencana. Senario itu dianggap tidak mungkin.

Tetapi pegawai-pegawai keselamatan bimbang bahawa peranti elektronik mudah alih boleh menyumbang kepada kemalangan.

Apa sebabnya?

Satu eksperimen telah berlangsung di Makmal Gangguan Elektromagnetik Boeing di Seattle. Dalam eksperimen ini, Kenny Kirchoff memasuki sebuah bilik yang dilindungi serta kebal daripada tenaga elektrik. Kenny menghidupkan sebuah komputer riba berhampiran sebatang antena dalam bilik tersebut.

Kemudian, keputusannya direkodkan dan dipapar pada satu monitor. Ia menunjukkan, pelepasan tenaga elektrik dari komputer riba berkenaan menjangkaui satu garisan yang menggambarkan frekuensi radio kapal terbang.

Di sini, anda dapat lihat sebahagian frekuensi dari komputer riba tadi mampu melepaskan tenaga melebihi had. Ini bermakna, peranti elektronik mudah alih mempunyai potensi untuk mengganggu sistem kapal terbang lebih dari apa yang dijangkakan.

Semakin hari peranti elektronik semakin dilengkapi dengan pelbagai fungsi. Tetapi tidak perlu khuatir kerana sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih.




Hari ini, pengguna kapal terbang dilengkapi dengan telefon pintar dan tablet, WiFi dan e-book, teknologi Bluetooth dan macam-macam lagi fungsi.

Sementara itu, sistem kapal terbang juga telah berkembang kepada yang lebih canggih. Pesawat moden masa kini dibina dengan peranti elektronik mudah alih dalam fikiran. Kapal terbang baru adalah lebih "kebal" berhadapan dengan gangguan elektromagnet, menjadikannya lebih selamat untuk pengguna masa depan.

Pesawat generasi baru lebih mantap dan lebih baik dari segi perlindungan kepada gangguan elektromagnetik - gangguan yang melibatkan litar elektrik disebabkan sama ada oleh induksi elektromagnet atau sinaran yang dipancarkan oleh sumber luar.

Satu lagi hujah yang biasanya datang melibatkan penggunaan Wi-Fi dalam penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Untuk makluman, sistem Wi-Fi dalam kapal terbang telah diuji dan disahkan mengikut model dan sistem pesawat secara keseluruhan.

Teknologi mewujudkan masalah, dan teknologi jugalah yang menyelesaikan masalah.

Nasihat kami, untuk memastikan keselamatan maksimum, adalah lebih baik jika kita semua mematikan peranti elektronik ketika dalam penerbangan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.