Thursday, 20 November 2014

50 Perkara Tentang Mark Zuckerberg Yang Kita Tidak Tahu



















Disini Kami ingin berkongsi dengan anda tentang perkara terjadi dari Mark Zuckerberg dari beliau di lahirkan sehingga beliau berjaya.


Sebelum beliau berjaya beliau sebenarnya pernah di tawarkan dengan duit berbilion USD tetapi beliau menolak dan meneruskan kariernya sehingga bergelar billionaire

Memetik perkongsian dari sebuah blog, di bawah kami paparkan infografik ringkas perjalanan kehidupan Mark Zuckerberg bermula di awal kelahiran beliau hinggalah beliau menempa kegemilangannya dalam menghasilkan sebuah penciptaan yang mencetuskan fenomena kepada seluruh dunia.

Di bawah adalah disenaraikan 4 perkara yang menarik perhatian kita semua..

No 15-Sebelum memasuki Harvard, Mark ditawarkan USD 1 juta oleh Microsoft yang berminat dengan programnya tetapi di tolak oleh baliau

No 30- Selepas keluar dari Harvard, MTV menawarkan USD 75 juta untuk program Facebooknya dan Mark menolak tawaran itu.

No 40- Hampir-hampir menerima tawaran Viacom untuk menjual Facebook dengan nilai USD 1.5 bilion.

No 44- Microsoft menawarkan USD 15 bilion untuk mengambil alih Facebook dan turut di tolak oleh beliau.

Kredit infografik: http://fundersandfounders.com/how-mark-zuckerberg-started/

Uncang Teh Berbentuk Ikan Emas yang Menarik

Kebiasaannya setiap kali minum teh, uncang teh mesti berbentuk segiempat mahupun bulat. Tapi lain pula cerita nya bagi teh jenama Charmvilla. Uncang yang disediakan berbentuk ikan emas yang comel di dalam cawan. Mesti tak sampai hati nak minum.









45 Perkara Yang Anda Patut Buat Ketika Masih Bujang

Apabila tiba musim kahwin, sesiapa yang bujang pasti akan dihujani dengan soalan-soalan yang boleh buat mereka tidak senang duduk.

“Bila nak kahwin?”
“Dah ada ke belum?”
“Nak tak kenal dengan ….?”

Dan macam-macam lagi soalan kepada mereka yang masih single ini..

Jangan stress kerana anda masih bujang dan belum bertemu jodoh. Cuba penuhi masa bujang ini dengan pelbagai perkara yang mungkin orang dah berkahwin rasa dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi gaya kehidupan anda sebagai orang yang bujang dan bahagia!

Jadi, kami memetik artikel yang dimuatnaik di sebuah blog disini, berikut disenaraikan 45 perkara yang anda boleh lakukan ketika anda masih bujang mungkin aktiviti di bawah ada yang anda mahu lakukan sebelum kahwin!

Tapi ini tak bermakna kita tak boleh lakukan perkara-perkara ini selepas berkahwin. Cuma mungkin akan lebih banyak pertimbangan dan cabaran.

Kewangan
1. Belajar ilmu kewangan

2. Simpan duit

3. Belanja ikut bajet

4. Beli apa yang diidamkan tapi berpada-pada

Kesihatan
5. Jadikan senaman itu amalan

6. Jadi ahli gim (Mungkin akan jumpa seseorang disitu?)

7. Menikmati makanan tetapi berpada-pada

8. Jaga kesihatan


Kenderaan
9. Beli kenderaan ikut kemampuan

10. Guna kenderaan ikut keperluan

11. Bawa keluarga/kawan dan sama-sama kongsi isi minyak

12. Tahu serba sedikit baiki kenderaan

Keagamaan
13. Belajar ilmu agama

14. Faham ilmu agama

15. Aplikasi agama dalam kehidupan

16. Beri sumbangan pada agama

Kerjaya
17. Tambah ilmu, kemahiran dan pengalaman

18. Berhenti kerja jika tak suka kerja tersebut

19. Berhenti kerja dan dapatkan kerja yang gajinya lebih besar

20. Bekerja di luar negara

Keluarga
21. Gembirakan keluarga terutama ibu bapa

22. Tinggal dengan keluarga

23. Beri sumbangan tenaga, masa, kewangan pada keluarga

24. Bercuti-cutian

Kawan-kawan
25. Kembara bersama kawan-kawan

26. Tinggal dengan kawan-kawan

27. Luangkan masa dengan kawan

28. Bantu kawan yang perlukan sokongan

Kemasyarakatan
29. Jadi sukarelawan dalam dan luar negara

30. Ikut mission trip/aktiviti kemanusiaan

31. Stand up for the cause you care about

32. Lakukan sesuatu seperti Pay-It-Forward

Kemahiran
33. Tambah baik/nilai diri

34. Bertukang/berkebun

35. Memasak

36. Bisnes kecil-kecilan

Kehidupan
37. Bentuk rutin hidup

38. Bentuk gaya/stail

39. Cuba hidup di tempat/bandar baru

40. Jumpa orang baru, social in a good way

Kelasakan
41. Lakukan aktiviti adventure sebenar

42. Explore new things, new world

43. Hidup ini sendiri sudah lasak, be tough

44. Berusaha sehabis terbaik sebelum give up!

45. Jalani hidup ini dengan menjadi diri anda sendiri, bukan fake atau hipokrit untuk memuaskan hati orang lain yang mungkin juga orang-orang itu tidak hargai kehadiran anda di dalam kehidupan mereka.


12 Tempat Dengan Nama Pelik Yang Benar-benar Wujud Di Malaysia

Sebenarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat dengan nama yang begitu pelik dan jarang sekali kita dengar.


Memetik dari perkongsian di sebuah blog, di bawah kami paparkan beberapa tempat dengan nama paling pelik di Malaysia, pelik tapi ia sememangnya benar-benar wujud di negara ini.

Mungkin disebalik nama-nama tersebut ada kaitan dengan kisah, gaya kehidupan masyarakat setempat atau sejarahnya tersendiri yang kita tidak ketahui..

1. Kampung Bogel, Terengganu


Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi.

2. Batak Rabit, Perak


Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874.

Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah.

3. Kampung Dada Kering, Pahang


Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar.

Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup.







Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.


5. Kampung Imam Lapar, Terengganu


Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran.

Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran.

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang


Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun.

D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung.

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah


Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.




Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air.

Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

9. Mambang Di Awan, Perak


Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.


Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan.



Kota Sarang Semut mengikut bahasa Langkasuka dipanggil “Kota Sereng Semut”. Menurut sumber dari pengkaji dan pegawai penyelidik muzium negeri Kedah, Tuan. Hj. Ismail Salleh berkata, ia tidak bersangkut paut dengan sarang semut. “Sereng” bermaksud askar tinggal manakala “semet” membawa maksud askar semua. Oleh itu pengertiannya ialah kota yang ditinggalkan oleh askar.

11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan


Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh.

Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan).

12. Batang Melaka, Melaka


Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan


Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960’an.