Adakah anda pernah terfikir tentang fakta terunik di dunia ini?? Adakah anda perasan akan kesemua fakta terunik di dunia kita ini??? Kali ini Giler Kentang akan senaraikan beberapa fakta terunik yang terdapat di dunia.
Thursday, 4 December 2014
TIPS MENGATASI RASA PEDAS YANG MELAMPAU KETIKA MAKAN
TIPS MENGATASI RASA PEDAS YANG MELAMPAU KETIKA MAKAN I Adakah anda seorang yang penggemar makan pedas tetapi tidak tahan? Dan juga ada diantara anda yang sedang sedaya upaya belajar untuk makan pedas dan tahan makan makanan yang pedas. Bagaimana untuk mengatasi rasa pedas yang melampau ketika makan makanan yang sangat pedas??
Di bawah ini, Giler Kentang ingin kongsi beberapa cara yang boleh membantu sedikit sebanyak bagi mereka yang ingin makan pedas dan juga mengatasi rasa pedas yang melampau ketika makan. Jom baca
TIPS MENGATASI RASA PEDAS YANG MELAMPAU KETIKA MAKAN
1) Sebelum Makan
- Minum Susu
Sebelum makan makanan yang pedas, ada baiknya minum susu terlebih dahulu. Hal ini kerana, susu dapat mengurangkan rasa pedas ke dalam tubuh melalui darah. Selain itu, susu dapat mencegah cirit birit, seperti yang kita ketahui bahawa makan makanan yang pedas dapat menyebabkan penyakit cirit birit.
- Minum Minuman Yang Sejuk
Anda juga boleh minum minuman yang sangat sejuk sebelum makan. Hal ini akan menyebabkan brain freeze atau bahkan mati rasa pada lidah kita.
- Gula
Ambil setengah sudu gula dan kemudian makan atau kemam selama kurang atau lebih setengah minit. Efeknya lebih kurang sama seperti minum minuman yang sejuk.
2)Semasa Makan
- Makanlah dengan perlahan-lahan, rehat diantara satu suapan dengan suapan yang lain. Hal ini akan membuat efek zat kapsaisin pada lidah akan menurun sebelum meneruskan suapan selanjutnya.
3)Selepas makan
- Sesudah makan, sediakn kain lap mulut dan celupkan kain tersebut ke dalam air yang hangat. Kemuadian, tepuk-tepukkan kain tersebut ke atas lidah Anda. Selain itu, anda juga boleh makan sebatang dark atau white chocolate.
Berikut adalah salah satu cara untuk mengatasi rasa pedas yang melampau apabila makan makanan yang pedas. Dan sekali gus dapat membantu mereka untuk tahan makan pedas serta suka makan makanan yang pedas. Selamat mencuba. Baca Bismillah dulu sebelum makan.
JENIS MAKANAN RINGAN YANG SIHAT
WAJIB BACA! JENIS MAKANAN RINGAN YANG SIHAT I Terbahagi kepada dua jenis makanan iaitu makanan yang sihat dan makanan yang tidak sihat. Makanan yang sihat terbahagi pula kepada tiga jenis iaitu makanan yang ringan, sederhana dan berat. Namun, kali ini Giler Kentang ingin kongsikan jenis makanan ringan yang sihat.
Hal ini kerana, ramai yang gemar ambil makanan ringan yang tidak sihat ketika waktu lapang seperti tengah menonton televisyen, baca komik dan sebagainya lagi. Makanan ringan yang tidak sihat ini sememangnya sangat menyelerakan namun ingatlah bahawa ia dapat memusnahkan kesihatan penghadaman dan juga tubuh badan kita. Oleh itu, apa kata kita mengambil makanan ringat yang sihat dan menggantikan makanan ringan yang tidak memberikan apa apa manfaat pada tubuh badan kita.
Nak tahu jenis makanan ringan yang sihat untuk kita makan?? Jom lihat dibawah
JENIS MAKANAN RINGAN YANG SIHAT
1) Kacang
- Makan segenggam kacang tanah rebus atau badam dalam sehari tidak akan memberikan kegemukkan pada tubuh badan anda. Hal ini kerana kacang mengandungi kaya dengan protein semula jadi dan serat ini boleh mengalas perut anda yang sedang berkoroncong kelaparan. Pilih kacang yang diolah tanpa minyak dan bahan perasa tambahan buatan.
2) Yogurt
- Dari segi rasa dan aroma, yogurt tentu lebih rasa enak berbanding susu,. Kandungan kalsiumnya setara dengan susu, jadi ia bukan satu masalah bagi menggantikan susu dengan yogurt. Kalsium yang terdapat di dalamnya juga boleh menjauhkan lemak dari dalam tubuh anda. Oleh itu, mulailah menikmati yogurt di sela-sela kesibukan anda di pejabat mahupun di rumah sambil menonton TV.
3) Telur
- Telur sering disalahertikan boleh menggemukkan. Sebenarnya, selagi anda bijak mengolah hidangan yang berasaskan telur, anda tidak perlu khuatir tentang isu tersebut. Makanan ini kaya dengan protein, rendah kalori dan boleh membuat anda kenyang dengan lebih lama. Olah makanan anda yang berasaskan telur tanpa minyak mahupun mentega.
4) Roti Gandum
- Jika anda mahu menikmati makanan yang mudah berasaskan dari gandum, makanlah roti gandum. Roti gandum lebih baik berbanding roti putih. Ketepikan mi atau pasta segera yang terdapat di dalam stok makanan anda. Selain itu, boleh juga gantikan dengan oat yang boleh anda makan selepas dibancuh dengan air panas selama 3minit. Ia kaya dengan serat yang boleh membuat perut kenyang serta menyihatkan.
5) Avokado
- Selain telur, buah ini juga antara buah-buahan yang sering dianggap boleh membuat anda mengalami kegemukan. Sememangnya buah ini mengandungi lemak, tetapi ia merupakan lemak baik untuk jantung anda. Pilihlah avokado yang segar. Anda boleh makan mentah atau tambahkan sedikit madu jika anda mahu menikmati jusnya.
6) Cendawan
- Daripada anda mengunyah sepotong piza, atau mi goreng segera, lebih baik anda pilih menikmati hidangan cendawan butang atau lain-lain jenis cendawan yang dimasak air yang dicampurkan dengan sedikit bawang Bombay dan hirisan oregano. Tentunya tanpa minyak dan marjerin. Ini kerana, cendawan adalah makanan yang rendah kalori, mengandungi serat dan membuat anda kenyang sehingga tiba waktu makan utama anda.
20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH
20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH I Musim cuti sekolah sudah menjelma. Ramai pelajar sekolah akan mulakan cuti tahunan mereka. Oleh itu, manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menggembirakan hati.
Ibu bapa pun tengah memikirkan apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk anak masing-masing. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak kebosanan duduk di rumah sepanjang musim cuti sekolah. Oleh itu, Giler Kentang ingin kongsikan 20 aktiviti yang berfaedah bagi mereka yang sedang bercuti dan juga memerlukan dorongan daripada ibu bapa kerana masa mereka banyak terluang bersama keluarga ketika bercuti.
20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH
1) Pergi membawa anak-anak menceburi kem motivasi
2) Pergi membawa anak-anak ke kem ibadah
3) Hantar anak-anak ke klinik sukan bagi memupuk sifat kesukanan dalam diri mereka
4) Berikan didikan tentang dunia ICT kepada anak-anak dan dedahkan mereka tentang dunia teknologi
5) Hantar mereka ke kelas bahasa terutama kelas bahasa Inggeris
6) Belajar buat kraftangan
7) Belajar cara menggunakan alat muzik
8) Pergi berlatih berenang
9) Masuk kelas menari
10) Pergi bantu ibu atau ayah bercucuk tanam
11) Pergi melancong ke tempat yang menarik dan menenangkan pemikiran
12) Berlatih dalam sukan ekstrem mengikut perkembangan umur
13) Pergi menimba ilmu dalam dunia pekerjaan dan cari duit poket sendiri. Seeloknya bagi sudah dewasa
14) Membantu atuk atau nenek di kampung halaman
15) Menolong ibu bapa di rumah adalah aktiviti yang paling baik
16) Melakukan kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan
17) Luangkan masa dengan membaca novel atau buku buku ilmiah
18) Pergi belajar bertukang atau melukis
19) Belajar memasak yang mudah-mudah
20) Ulangkaji subjek untuk tahun hadapan
Fakta Yang Membuatkan Anda Menyesal Mengetahuinya
Dalam kehidupan harian kita seharian sebenarnya banyak perkara ayng berlaku kepada diri kita dalam alam depan kita yang tidak kita sedari terjadi dan berubah-rubah.
Ada di antara perkara tersebut sebenarnya kita tidak mahu ketahui kerana apa yang berlaku kadang-kadang membuatkan kita terasa jijik mungkin..
Mari kita lihat apakah perkara-perkara tersebut. ─ Siakapkeli.com.my
1. Terdapat hama kecil akan keluar di waktu malam dan akan mengawan diatas muka kita.
Setiap malam semasa kita sedang tidur, berjuta-juta hama Demodex akan datang ke tubuh kita untuk memakan kulit mati, mengawan dan bertelur dalam folikel rambut atau bulu badan. Selepas mereka melakukan perkara tersebut semua hama itu akan mati secara meletup kerana mereka tidak ada lubang untuk membuang najis selepas memakan kulit mati anda sebanyak mungkin.
2. Satu ciuman mulut selama sepuluh saat boleh memindahkan 80 juta bakteria.
Ramai sebenar tidak tahu dan mungkin ada yang tahu tapi sengaja abaikan kerana? anda jawab sendiri.
3. Bahang matahari semakin hari semakin membesar dan panas menyebabkan iklim berubah. Tapi percayakah anda kajian yang dilakukan menunjukan daam amsa satu bilion tahun lagi matahari akan menyebabkan bumi kering kontang dan membuatkan ada seperti berasa dalam oven yang panas. Dalam masa 7.5 bilion tahun akan datang mata hari akan membesar sehingga menghimpit bumi. (Semua kuasa Tuhan, Kita tidak tahu kerana perlu tahu akan kedatangan hari kiamat.)
4. Jika sebiji asteroid bersaiz 10 kilometer melanda bumi ia akan menyebabkan kepupusan yang besar. Sebelum ini ada sebanyak 15 komet yang bersaiz lebih dari 10 kilometer merentasi orbit bumi.
5. Setiap badan manusia mempunyai purata 10 kali ganda jumlah bakteria berbanding sel-sel di dalam badan kita.
Jangan bimbang kerana kebanyakkan bakteria tersebut adaah bakteria baik yang membantu sistem badan kita
6. Kajian menunjukkan dalam makanan kita makan sebenarnya kita tidak sedar terdapat najis serangga di dalam makanan tersebut mungkin semasa makanan disimpan lipas lalu atas makanan itu dan mungkin semut.
Menurut kenyataan FDA kebanyakkan perkara ini tidak memberi impak kepada tubuh badan kita.
7. Telur katak surinam akan disenyawakan di atas belakang badannya. Apabila telur sudah menetas dan bersedia untuk dilahirkan ia akan pecah dari belakang kulit katak tersebut. Anda mungkin mengalami trypophobia ketika melihat gambar di bawah.
8. Seekor lintah bulan secara teorinya mempunyai 90,000 ekor cucu dan 27 juta ekor cicit jika semua telurnya berjaya menetas dan hidup
Banyangkan kalau semua cucu cicit lintah bulan hidup? Habislah keseimbangan alam.
9. Jika panda melahirkan anak kembar ibunya akan membiarkan salah seekor dari anaknya mati.
Satu lumrah alam yang tidak dapat kita ubah
10. Manusia akan kehilangan 30,000 hingga 40,000 sel-sel kulit mati setiap minit atau 50 juta sel-sel sehari.
11. Kita mungkin akan dijangkiti cacing pita daripada haiwan peliharaan yang paling kita sayang
Mungkin untuk terjadi perkara ini adaah kecil tertapi sudah banyak kes ini dilaporkan.
12.. Secara purata papan kekunci komputer anda mempunyai lebih 400 kali ganda bakteria berbanding jumlah bakteria di dalam tandas.
Subscribe to:
Posts (Atom)