Thursday, 15 January 2015

#Throwback 12 Tragedi Yang Menggemparkan Dunia Sepanjang 2014

Tahun 2014 telah pun melabuhkan tirainya dan sepanjang tahun itu juga pelbagai tragedi telah berlaku yang menggemparkan dunia. Namun seluruh dunia bersatu menunjukkan solidariti terhadap mangsa tragedi berkenaan.


Memetik sumber yang digarap di sebuah blog, berikut adalah 12 tragedi yang menggemparkan dunia sepanjang tahun 2014.

1. Februari, #PrayForKiev: Tunjuk perasaan anti kerajaan yang menyaksikan kematian seramai 75 orang.




















2. Mac, #PrayForMH370: Misteri yang masih lagi belum terjawab.


3. April, #PrayForSabah: Penculikan untuk mendapatkan wang tebusan bermula pada April dimana kes penculikan susulan berlaku.


4. April, #PrayForSouthKorea: Rombongan sekolah bertukar menjadi tragedi apabila feri yang dinaiki tenggelam menyebabkan kematian lebih 300 orang kebanyakkannya pelajar.


5. Julai, #PrayForGaza: Bedilan bom oleh rejim Israel menyebabkan bandar Gaza musnah.


6 . Julai, #PrayForMH17: Persoalan “Siapa yang menembak jatuh pesawat MH17″ masih belum ada jawapan.


7. Ogos. #PrayForSyria: Perang saudara yang semakin meruncing apabila serangan gas maut keatas orang awam yang tidak bersalah.


8. Ogos, #PrayForFerguson: Seorang remaja kulit hitam warga Amerika-Afrika yang ditembak mati mencetuskan rusuhan teruk di bandar Ferguson, Amerika Syarikat.


9. Disember, #PrayForSydney: 40 orang dijadikan tebusan dalam sebuah kafe yang berterusan selama 16 jam.


10. Disember, #PrayForPeshawar: Sebuah sekolah diceroboh oleh puak Taliban dan membunuh lebih 100 orang awam.


11. Disember, #PrayForPantaiTimur: Banjir paling teruk dalam sejarah negara sejak tahun 1971.


12. Disember. #PrayForQZ8501: Seperti deja vu apabila sebuah kapal terbang milik Air Asia Indonesia dilaporkan hilang.


15 Tips Berjimat Dari Lelaki Ini Agar Dapat Travel Keliling Dunia























Memetik perkongsian dari sauadara Q Rhy Mey di wall Facebook, beliau berkongsi 15 tips bagaimana ingin travel keliling dunia dan cara berjimat dengan bijak.

Ikuti perkongsian beliau di bawah:


Ada sahabat tanya saya macamana saya boleh jimat duit dan travel walaupun saya tidak kaya? Berdasarkan pengalaman sendiri, ini yang saya lakukan beberapa tahun lepas.

1. Yang belum ada kereta, kumpul duit tiap-tiap bulan semaximum yang boleh, beli kereta 2nd hand secara tunai dan pastikan kereta berkeadaan baik. Contoh, kancil RM6k-RM8k. Jangan fikir negatif tentang maintenance/repair/services nanti. Guna dan pandu dengan cermat, maintenance services kerap mengikut jadual. Maintain kereta dan usah berangan untuk tukar kereta. Di sini anda telah jimat jika ansuran bulanan yang dianggarkan RM500-RM1k setiap bulan. Jika setahun tentu RM6,000-RM12,000!

2. Jika anda punyai kereta, kekalkan kereta anda walaupun setelah habis membayar sepenuhnya. Usah bermimpi untuk tukar kereta baru. Cuba kekal dalam 6 bulan, anda akan dapati ada duit lebihan contoh RM500 sebulan, 6 bulan tentu sudah ada RM3000 dalam tangan. Jika setahun, tentu RM6000!

3. Bayar bil secara lebihan. Jika bila anda RM75, bayar RM100. Tetap bayar lebih setiap bulan dan jangan fikir tak perlu bayar jika 2-3 bulan akan datang tengok bil negatif (contoh negatif -RM25 yakni TNB hutang kita). Displinkan diri bayar sampai hujung tahun. Anda akan dapati bil anda telah capai -RM300. Jadi, bulan berikutnya anda ada duit lebih dan tak perlu risau setiap bulan untuk bayar bil. Pastikan bayar bil secara online, bayar di kaunter tidak dibenarkan bayar lebih.

4. Berhenti merokok. Maaflah ya perokok. Anda boleh jimat antara RM120-RM200 sebulan. Mungkin lebih untuk perokok tegar.

5. Jangan membuat pinjaman untuk apa-apa seperti pinjaman peribadi, pinjaman membeli saham, tak perlu beli insurans hayat jika anda betul-betul berjimat untuk beberapa tahun dan jaga kesihatan anda yang paling utama agar tidak sering jatuh sakit.

6. Saya sudah hampir 10 tahun berhenti langgan astro. Saya jimat RM1200 setahun. Bermakna saya sudah jimat RM12k. Saya jarang tonton tv sebab saya selalu pulang lewat. Jika ada masa tersisa hanya 1 jam itu pun rasa tak berbaloi langgan astro. Jika mahu tonton, saya tonton melalui youtube (jika ada).

7. Kurangkan berbelanja makanan minuman mewah di luar. Tentu dapat jimat RM150-RM250 sebulan.

8. Jika ke tempat kerja, guna kereta separuh jalan, parking berhampiran stesen dan naiki tren atau bas. Anda sudah jimat separuh tangki petrol kereta anda. Contoh jika sebulan kos petrol anda RM400, anda sudah jimat RM200.

9. Elakkan shopping barang yang tak perlu. Jika setiap bulan berbelanja untuk pakaian, contoh RM150-RM200, anda sudah jimat RM200. Tak perlu risau, nanti semasa travel anda boleh shopping, barang overseas lagi.

10. Kurangkan penggunaan telefon. Berjumpa jika perlu berbual lama. Berbual hal yang bermanfaat sahaja. Ini dapat mengurangkan kos dan mungkin mengurangkan dosa bergosip atau mengumpat atau fitnah. Jangan marah aa. Anda boleh jimat separuh atau mungkin lebih. Jika sebelumnya, penggunaan telefon saya mencecah RM90 sebulan, kini RM30 bertahan untuk sebulan. Saya jimat RM720 setahun.


11. Jangan lupa banyakkan bersedekah kepada yang layak, terutama kepada ibu bapa, kepada keluarga, dan kepada yang layak dan berhak. Jangan kedekut kerana bersedekah tidak akan membuat anda miskin, malah Allah swt akan membantu anda melalui orang-orang yang terpilih tetapi jangan terlalu berharap sangat nanti anda kecewa tapi lakukan dengan penuh ikhlas tanpa berkira-kira. Jika anda rajin bersedekah, orang yang mahu berhutang pun akan terasa malu dengan anda sebab anda pun bukan orang kaya. Inshaallah dijauhkan oleh pencuri, pencopet, penyamun, dll.

12. Rajin solat dhuha, dekati Allah swt. Solat tahajjud jangan tinggal juga solat taubat, solat hajat dan solat istikharah. Bangun sebelum adzan subuh dan siap-siap solat serta jangan tidur semula.

13. Berfikir positif tentang semua perkara dan elakkan berfikiran negatif. Niat positif, fikir positif, berkata positif dan bertindak positif, hasilnya akan terbaik. Displinkan diri itu paling penting, usah terpengaruh dengan anasir yang kurang sihat. Contoh, diajak beli kereta baru.

14. Banyak lagi faktor yang mempengaruhi bukan hanya sekadar menjimat duit. Dan anda boleh tambah sendiri. Tak perlu join bisnes buat duit berjuta-juta ria yang belum tentu terjamin anda menjadi seorang jutawan.

15, Anda tak buat, anda takkan faham sendiri sebab saya buat ini daripada pengalaman sendiri, tak pergi kelas atau kursus pun.


10 Selebriti Tanah Air & Pekerjaan Mereka Sebelum Popular

Melihat selebriti di kaca televisyen kadang-kala membuatkan kita berfikir bahawa mudahnya mereka untuk sampai ke tahap tersebut dan cukup bertuah kerana dapat hidup dalam dunia glamour. Namun pernahkah anda terfikir apa pekerjaan Johan Ashari sebelum bergelar pelakon?



1. Muka kacak dan badan berketak, Johan Ashari (Botak) pernah bekerja sebagai pembancuh simen. Apa kerja anda sekarang?


2. Antara kegilaan ramai peminat di sini, Aaron Aziz dulu bekerja sebagai jurujual kereta dan juga insurans. Memang laku insurans dia!


3. Ning Baizura pernah memberitahu bahawa dia berimpian untuk menjadi cikgu seperti ibunya. Hai cikgu Ning Baizura.


4. Mungkin ramai yang dah tahu, Nabil dahulu adalah seorang mat despatch. Nampak mudah bukan untuk senang macam sekarang tapi cuba tanya Nabil berapa banyak kali dia mencuba?


5. Danny terpaksa tangguh pelajaran dalam bidang kedoktoran kerana terikat dengan komitmen bersama X Factor ketika dulu. Jika tidak, sudah jadi doktor gigi. Kerjaya doktor memang ramai yang hensem ya?


6. Siti Nurhaliza sudah mula menjual kuih ketika berumur 9 tahun? Zaman sekarang 9 tahun adalah masa sesuai untuk main iPad.


7. Jika sekarang Remy Ishak masih kerja jual ikan dan ayam di pasar, agak-agak anda pandang pun tidak.


8. Hanya gambar Mawi ketika muda kami dapat jumpa. Kurus sungguh.


9. Tiga tahun bekerja sebagai pencuci mesin dan tiga tahun sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah, akhirnya Jep kini tidak boleh buat orang berhenti ketawa!


10. Nora Danish pernah bekerja sebagai pelayan restoran – di kedai kepunyaan ibunya. Memang jadi pelaris kedai jika letak Nora Danish sebagai ‘kakak ambil order’


Apa-apa pun, kejayaan barisan selebriti di atas bukanlah datang bergolek. Nampak senang di luar tapi hiruk pikuk hanya mereka yang tahu.

Thursday, 8 January 2015

5 Perkara Yang Budak U Paling Payah Nak Buat



















Belajar di universiti merupakan salah satu impian bagi setiap lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, setelah mereka melangkah masuk universiti, impian itu tidak seindah yang mereka gambarkan.

1. Bangun pagi pergi kelas

Kelas pukul 8.30 pagi, tapi tidur pukul 2 pagi. Ini terjamin memang susah mahu bangun. Ramai yang datang lambat ke kelas atau lagi bagus, terus tidak datang. Kalau bawak kenderaan sendiri boleh lagi pecut terus pergi kelas, tapi kalau yang naik public transport, kirim salam sahajalah pada lecturer.

2. Spend duit untuk buku baru

Jika boleh, student mahukan penjimatan paling maksimum dalam menuntut ilmu maka semua buku haruslah fotostat. Kos untuk buku baru adalah tidak munasabah dan jika dengan fotostat, ia jimat berganda-ganda sehingga boleh sewa kereta waktu cuti.

Phone beribu-ribu boleh beli, topup beratus-ratus boleh beli. Tapi bila bab buku, fotostat sudah mencukupi. Mana yang genius, beli buku second hand dari senior.


3. Kelas selepas makan tengahari

Kelas bermula seawal 8.30 pagi dan ada yang tidak sempat untuk sarapan. Maka, mereka yang tidak sempat sarapan ini pada kebiasaannya akan melantak sakan sewaktu makan tengahari.

Bila perut dah kenyang, mata pun makin berat.Kelas petang ramai yang kecundang. Apa lagi, jika di dewan kuliah, pasti ramai yang suruh kawan lain sign kedatangan mereka. Eh, terasa ke?

4. Menghadiri modul pada hari Sabtu

Hari Sabtu dalam kamus student biasanya akan dijadikan hari tidur sedunia. Kalau ada yang rajin sikit, pergi library (ini rare). Pergi library pun bukan pinjam buku, hanya untuk renew pinjaman buku yang tidak habis baca dari awal semester.

Dengan adanya modul (biasanya setiap semester akan ada program khas untuk mereka dan kehadiran adalah WAJIB) maka rosaklah segala program dan rutin hari Sabtu mereka. Modul ni bermula jam 9 pagi sampai 6 petang. Lagi best, hari Ahad pun ada yang sambung lagi.

5. Bayar PTPTN lepas habis belajar

Ini point ultimate. Secara keseluruhan pinjaman pelajaran bagi pelajar universiti di Malaysia ini adalah sekitar RM16,000 hingga RM30,000 (berbeza mengikut universiti). Fikirkan semula ke mana wang pinjaman anda belanjakan sepanjang belajar.

Nasihat kami kepada pelajar, bila sudah masuk alam pekerjaan, hutang PTPTN selesaikan terlebih dahulu dan jangan berangan mahu pakai kereta baru. Tapi siapalah kami untuk menasihat. Selamat memandu kereta Proton atau Myvi sendiri dan welcome to the real life.

Monday, 5 January 2015

BAHAYA MENONTON TELEVISYEN SECARA BERLEBIHAN KEPADA ANAK-ANAK


Dalam zaman di mana ibu bapa semakin sibuk bekerja akibat pelbagai tuntutan ekonomi dan keluarga yang mendesak, ditambah dengan suasana di luar rumah yang semakin tidak selamat untuk kanak-kanak bermain sendiri, televisyen menjadi alat utama yang menghabiskan masa anak-anak hari ini.

Dengan teknologi televisyen yang semakin pintar dan harganya yang semakin murah, pelbagai rancangan menarik di pelbagai rangkaian yang berbayar dan juga secara percuma di YouTube, juga pelbagai aplikasi yang membolehkan ‘movies’ dimuat turun secara percuma dan skrin televisyen yang semakin canggih dengan teknologi LED, cabaran kepada ibu bapa untuk mengawal anak-anak daripada menonton televisyen secara berlebihan adalah satu realiti hari ini yang tidak boleh dipandang endah.

Hari ini, boleh dikatakan hampir setiap isi rumah mempunyai televisyen dan sentiasa pula ditonton oleh segenap ahli keluarga. Menurut satu laporan yang disediakan oleh unit perancang ekonomi Malaysia pada tahun 2013, terdapat peningkatan yang amat ketara dalam bilangan langganan televisyen berbayar oleh isi rumah di Malaysia sejak tahun 2000 hingga 2012.

Statistik ini walaupun diulas secara positif oleh laporan tersebut, namun di sebalik peningkatan ketara bilangan isi rumah yang melanggan rangkaian televisyen berbayar, terdapat bahaya yang hanya akan dapat dilihat kesannya berbelas tahun akan datang, secara khusus pada anak-anak yang terdedah kepada rancangan televisyen setiap hari untuk jangka waktu yang lama.

Dalam sebuah kajian (longitudinal*) yang dijalankan oleh sekumpulan para penyelidik di New Zealand yang mana jurnal hasil kajian tersebut telah diterbitkan di Journal of American Academy of Pediatrics pada bulan Mac 2013, didapati bahawa kadar masa menonton televisyen oleh kanak-kanak, mempunyai hubungan yang positif dengan personaliti anti-sosial, karakter agresif yang cenderung ganas dan sabit kesalahan jenayah yang berkaitan dengan keganasan.

Dengan kata lain, kajian tersebut membuktikan bahawa, lebih tinggi kadar masa seorang kanak-kanak itu menonton televisyen, lebih tinggi kebarangkalian untuk dia terlibat dalam kesalahan jenayah, mempunyai karakter yang agresif/ganas dan mempunyai personaliti yang anti-sosial.

Kajian yang dijalankan terhadap 1023 orang responden di New Zealand yang terdiri daripada pelbagai bangsa ini, mengambil masa hampir 30 tahun untuk diselesaikan. Responden dianalisa sejak usia kanak-kanak dan dikaji karakter mereka bermula usia 15 hingga 26 tahun.

Terdapat 2 sebab utama yang dicadangkan oleh kumpulan penyelidik ini tentang mengapa hubungan positif ini wujud. Pertama sekali, adalah akibat proses ‘emotional desensitization’ ataupun proses normalisasi emosi. Normalisasi emosi adalah satu proses untuk mengurangkan kesan emosi terhadap rangsangan-rangsangan negatif dengan pendedahan yang berterusan terhadap rangsangan negatif tersebut.

Sebagai contoh, anak-anak kecil yang pada mulanya mempunyai emosi negatif seperti rasa takut atau bersalah apabila melihat aksi-aksi ganas di televisyen, akhirnya akan mengalami proses normalisasi dan tidak lagi mempunyai perasaan tersebut setelah berulangkali menyaksikan aksi-aksi ganas di televisyen. Aksi-aksi ganas akhirnya akan dilihat sebagai normal dan tidak lagi dianggap salah.

Kemudian, muncul sebab kedua yang mungkin berkesinambungan daripada sebab yang pertama, iaitu anak-anak akan cenderung untuk meniru model yang selalu dilihat oleh mereka. Menurut teori pembelajaran secara pemerhatian (observational learning theory) yang diperkenalkan oleh Albert Bandura pada tahun 1961,  anak-anak cenderung untuk meniru apa yang sentiasa mereka lihat sejak kecil. Kecenderungan ini wujud apabila di sana wujud model yang menjadi ikutan anak-anak sejak kecil seperti hero rancangan aksi atau puteri cantik yang mempunyai pelbagai kuasa ajaib.

Dengan kata lain, anak-anak yang telah mengalami proses normalisasi emosi, akan mengikuti aksi ganas atau lucah yang sering dilihatnya di televisyen. Tidak kira melalui rancangan biasa atau rancangan kartun.Proses normalisasi emosi dan kecenderungan untuk meniru oleh anak-anak ini bukan sahaja pada aksi ganas dan lucah semata-mata, tapi pada cara berpakaian, cara makan, cara berbual dan pelbagai lagi sifat yang ditonjolkan.

Tidak hairan jika ramai remaja hari ini yang terikut-ikut dengan budaya barat seperti ‘bercouple’, berpegangan tangan, bercumbu-cumbuan, mengadakan majlis tari menari, bertutur dan mencarut seperti yang sering dipamerkan oleh ikon-ikon rap dan metal,  terikut dengan budaya ‘prank’, ‘troll’ dan sebagainya.

Natijahnya adalah akan lahir golongan belia yang hilang identiti dan menjadikan cara hidup tajaan barat yang rosak sebagai contoh unggul dalam pembawaan kehidupan mereka. Natijah yang lebih buruk adalah berlaku kejadian zina yang akan membawa kepada banyaknya bayi-bayi yang dibunuh oleh ibu sendiri.

Generasi remaja yang kita lihat telah kehilangan identiti pada hari ini adalah, mungkin adalah natijah pendedahan berterusan terhadap rancangan-rancangan televisyen berbelas tahun yang lalu ketika mereka masih kecil. Bayangkan bagaimana generasi remaja pada masa depan jika apa yang mereka lihat pada hari ini diikuti oleh mereka pada masa depan.

Untuk mengelakkan permasalahan ini daripada terus membarah, ibu bapa perlu mengawal jumlah masa dan rancangan yang ditonton oleh anak-anak termasuk rancangan kartun. Kartun yang membawa mesej-mesej lucah dan ganas seperti The Simpsons dan Oggy and the Cockroaches wajib diharamkan oleh ibu bapa daripada ditonton di rumah.

Sebagai alternatif, ibu bapa perlu mencadangkan rancangan-rancangan kartun yang baik kepada anak-anak seperti Octonauts, Arthur atau Upin Ipin untuk tontonan anak-anak.

Jika melanggan rangkaian Astro di rumah, pastikan mekanisma kawalan diwujudkan. Begitu juga dengan Internet. Jangan biarkan anak-anak berseorangan bersama laptop atau iPad di dalam bilik dengan Internet yang terpasang.

Anak-anak juga perlu ditanamkan dengan kefahaman Islam dan sifat malu sejak kecil. Jika anak-anak telah tertonton rancangan yang tidak elok di rumah saudara mara sebagai contoh, pastikan mereka jelas bahawa apa yang mereka tonton adalah salah dan tidak wajar dijadikan contoh dalam kehidupan.

The American Academy of Pediatrics mencadangkan bahawa masa anak-anak menonton televisyen perlu dihadkan hanya kepada 2 jam sahaja sehari. Anak-anak perlu dilatih untuk menggunakan masa dengan bermanfaat melalui aktiviti-aktiviti seperti bermain, membaca dan bersosial dengan rakan-rakan yang baik akhlaknya.

Paling utama, walaupun sesibuk manapun dengan kerjaya dan urusan-urusan yang lain, ibu bapa perlu meluangkan masa bermain dan berinteraksi dengan anak-anak. Itulah cara terbaik untuk menghilangkan kebosanan mereka di rumah. Bawalah mereka berenang, berbasikal, mengembara, menziarahi saudara mara dan rakan taulan, bermain Saidina, Scrabble, catur dan banyak lagi.

Jangan biarkan hanya televisyen menjadi teman mereka menghabiskan masa, kerana kita tidak mahu anak-anak kita membesar dengan karakter-karakter buruk yang ditiru oleh mereka daripada rancangan yang ditonton sejak kecil.

Setiap ibu bapa, wajib mengambil berat pengawalan televisyen di dalam rumah masing-masing, kerana anak-anak hari ini adalah tonggak negara pada masa depan nanti. Rosak generasi hari ini, rosaklah negara di masa depan nanti.

Oleh:

Mohd Hisham Mohd Sharif 
ISMA Alor Setar
Al Furqan Parenting Academy