Fesyen berhijab amat popular di kalangan gadis hari ini yang ingin berfesyen sambil menutup aurat. Perkataan hijabster amat sinonim dengan golongan yang berfesyen sambil bertudung. Tapi apakah rahsia menjadi seorang hijabster yang mungkin anda tidak tahu.
Memetik dari titipan di sebuah blog ini, kami ingin ‘membongkan’ beberapa rahsia yang ada pada seorang hijabster.. jom ikuti sepenuhnya di bawah:
1. Terdapat sejuta cara untuk memakai hijab. Patutkah lilit satu kepala atau banyak lapisan? Terlalu banyak pilihan.
2. Seorang hijabster tidak akan membeli baju baru selagi tiada hijab yang boleh dipadan.
3. Walaupun memiliki koleksi hijab yang banyak, seorang hijabster akan memakai lima hijab kegemaran mereka. Setiap kali.
4. Balik ke rumah merupakan satu kegembiraan setelah seharian berjalan dengan hijab yang diikat ketat. LEGANYAA!!
5. Selang sehari hijabster mengalami “hari hijab yang teruk”
6. Menonton tutorial “cara memakai hijab” di youtube adalah wajib.
7. Adakalanya hijabster ingin duduk di rumah kerana memakai hijab perlukan masa yang lama.
8. Sebab itulah mereka ambil masa yang agak lama bila nak buka pintu rumah.
9. Dan yang paling penting ialah, Hijabster amat bersyukur dengan pilihan mereka.
No comments:
Post a Comment