Thursday, 4 December 2014

20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH












20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH I Musim cuti sekolah sudah menjelma. Ramai pelajar sekolah akan mulakan cuti tahunan mereka. Oleh itu, manfaatkan cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menggembirakan hati.

Ibu bapa pun tengah memikirkan apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan untuk anak masing-masing. Hal ini bagi mengelakkan anak-anak kebosanan duduk di rumah sepanjang musim cuti sekolah. Oleh itu, Giler Kentang ingin kongsikan 20 aktiviti yang berfaedah bagi mereka yang sedang bercuti dan juga memerlukan dorongan daripada ibu bapa kerana masa mereka banyak terluang bersama keluarga ketika bercuti.

20 AKTIVITI YANG BERFAEDAH KETIKA MUSIM CUTI SEKOLAH

1) Pergi membawa anak-anak menceburi kem motivasi

2) Pergi membawa anak-anak ke kem ibadah

3) Hantar anak-anak ke klinik sukan bagi memupuk sifat kesukanan dalam diri mereka

4) Berikan didikan tentang dunia ICT kepada anak-anak dan dedahkan mereka tentang dunia teknologi

5) Hantar mereka ke kelas bahasa terutama kelas bahasa Inggeris

6) Belajar buat kraftangan

7) Belajar cara menggunakan alat muzik

8) Pergi berlatih berenang

9) Masuk kelas menari

10) Pergi bantu ibu atau ayah bercucuk tanam

11) Pergi melancong ke tempat yang menarik dan menenangkan pemikiran

12) Berlatih dalam sukan ekstrem mengikut perkembangan umur

13) Pergi menimba ilmu dalam dunia pekerjaan dan cari duit poket sendiri. Seeloknya bagi sudah dewasa

14) Membantu atuk atau nenek di kampung halaman

15) Menolong ibu bapa di rumah adalah aktiviti yang paling baik

16) Melakukan kerja amal seperti bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan

17) Luangkan masa dengan membaca novel atau buku buku ilmiah

18) Pergi belajar bertukang atau melukis

19) Belajar memasak yang mudah-mudah

20) Ulangkaji subjek untuk tahun hadapan

No comments: