Wednesday, 12 November 2014

FAKTA MENARIK TENTANG NEGARA JEPUN





















FAKTA MENARIK TENTANG NEGARA JEPUN I Negara Jepun terkenal dengan kecanggihan teknologi moden yang mereka cipta. Selain itu, negara Jepun juga dikenali dengan penduduknya yang tidak pernah kenal erti penat dah lelah dan otak mereka sentiasa berjalan memikirkan membina inovasi yang terbaru dan terkini. Rakyat Jepun juga sangat berbangga dengan menggunakan bahasa mereka sendiri berbanding penggunaan bahasa luar seperti Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Mandarin.


Walaupun begitu, ada beberapa fakta yang menyebabkan negara Jepun ini lagi nampak menarik dan tertarik untuk kita pergi kesana. Kali ini Giler Kentang ingin kongsikan beberapa fakta menarik tentang negara Jepun yang diambil dari sumber yang sahih.

FAKTA MENARIK TENTANG NEGARA JEPUN

1) Anime

- Salah satu ciri khas dan popular ialah anime atau lebih dikenali sebagai kartun Jepun. Anime adalah animasi Jepun yang sangat popular diserata dunia seperti Naruto, Bleach, One Piece dan pelbagai lagi. Anime ini juga dicirikan melalui gambar-gambar berwarna menampilkan watak manusia, lokasi dan cerita-cerita tertentu. Kebanyakkan anime dipengaruhi gaya gambar dari manga iaitu komik Jepun.

- Anime yang pertama yang sangat popular ialah anime Astro Boy oleh karya Ozamu Tezuka pada tahun 1963. Sekarang ini anime sudah makin di kemaskini dan di upgrade segala sistem dan teknologi yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah anime itu. Golongan yang melihat komik ini merangkumi semua golongan, dari kecil hinggalah orang tua. Orang Jepun sangat bangga dengan penghasilan anime ni semua

2) Harakiri (Bunuh Diri)

- Meskipun kadar jenayah agak berkurangan di negera Jepun dan juga hampir jarang berlakunya kes pembunuhan, tetapi angka korban keran bunuh diri agak tinggi. Menurut budaya orang Jepun, membunuh diri ini boleh diambil kira sebagai hal yang sangat berwibawa demi melindungi harga diri, Tetapi mindset mengenai hal ini sudah berkembang berubah mengikut zaman ke zaman. Zaman sekarang, kebanyakkan mereka suka membunuh diri diatas landasan kereta api semasa kereta api sedang bergerak. Uniknya, pengusahaan kereta api di Jepun akan menuntut ganti rugi kepada keluarga mangsa bunuh diri.

3) Seifuku

- Pelajar sekolah di Jepun, memiliki Seifuku atau seragam sekolah yang trendy dan modern. Di sana, mereka lebih memilih memakai pakaian seragam sekolah kerana dianggap sebagai lambang keindahan dan kemakmuran. Oleh sebab itu, ridak perlu heran kalau lihat banyak iklan terpapar model model mereka memakai pakaian sekolah atau seifuku

4) Yaeba (Gigi Taring/Gingsul)

- Kebanyakkan orang lain ingin menampilkan gigi yang teratur dan cantik sampai memakai Braces untuk membentuk gigi menjadi tersusun dengan rapi. Namun, di Jepun, para wanita di sana sanggup mengeluarkan duit yang banyak demi mengeluarkan dan membentuk gigi taring ala-ala dalam cerita Vampire. Bagi mereka, selagi tiada gigi taring, tiada kecantikkan bagi diri mereka.

5) Bunga Sakura

- Bunga sakura merupakan bunga tradisional Jepun. Oleh sebab itu, Jepun dikenali sebagai Negara Sakura. Jepun dan bunga sakura memang sukar untuk dipisahkan dalam apa sahaja termasuklah pada corak baju, lukisan dan perkataan. Bunga sakura ini telah mengisi semua aspek kehidupan dan mengalir dalam masyarakat Jepun. Oleh sebab itu, pentingnya di adakan festival demi menyambut kedatangan bunga sakura sekiranya musim bunga sakura telah tiba.

No comments: